Aamir Khan akan teruskan projek "Mahabharat" selepas dia selesai dengan penggambaran filem terbarunya.

Bintang terkenal Aamir Khan sebelum ini pernah mendedahkan rancangannya untuk menghasilkan siri-web "Mahabharat", bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan terbaru sehingga timbul spekulasi yang mengatakan projek itu sudah terkubur.

Bagaimanapun menurut satu sumber kepada Bollywood Hungama, Aamir dikatakan tidak akan berputus asa dengan mudah untuk naskhah itu.

"Projek ini tidak terkubur lagi dan ia akan direalisasikan kelak tetapi buat masa ini ia ditangguhkan buat sementara itu.

"Skali besar yang dirancang oleh Amir untuk menghasilkan "Mahabharat" menjadikan naskhah ini cukup mahal untuk dihasilkan. Malah Aamir juga hanya mahu membariskan pelakon hebat sahaja."

Selain bertindak sebagai pembikin filem, Aamir juga dikatakan mahu menjayakan watak Lord Krishna.

Dalam pada itu, sumber itu turut berkata projek itu tergendala kerana ia bukanlah masa yang sesuai berikutan keadaan semasa di India selain sibuk dengan projek lain.

Aamir bakal muncul dengan dua filem terbaru berjudul "Lal Singh Chaddha" dan "Moghul".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Exchange4media)