Aktor terkenal Ranveer Singh mendedahkan ahli gusti profesional Amerika, Hulk Hogan merupakan inspirasinya untuk membina bentuk badan yang tegap.

Baru-baru ini, suami kepada aktres Deepika Padukone itu telah memuat naik sekeping foto 'throwback' di laman Instagram miliknya, di mana dia sedang bergaya seperti sekeping poster Hulk Hogan.

Melihat kepada kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut, jelas bahawa aktor filem "Gully Boy" itu rindu akan zaman-zaman kegemilangan World Wrestling Federation (WWF).

"Whatcha gonna do, when Hulkamania runs wild on you!" ? #mondayfeeling throw it way back to when #WWF was life ?‍♂‍ had a poster on my wall of The Immortal @hulkhogan

A post shared by Ranveer Singh (@ranveersingh) on

Foto comel yang menampilkan Ranveer berseluar pendek dan mengenakan replika mini tali pinggang WWF itu telah menarik perhatian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti seperti Ali Fazal, Anil Kapoor dan Siddhanth Kapoor.

Seperti diketahui umum, Ranveer sememangnya terkenal dengan rutin senaman dan kecergasan yang sering dikongsi menerusi video-video di Instagram.

Dalam perkembangan lain, Ranveer bakal kembali ke layar perak dengan filem-filem terbaru iaitu "83'", "Sooryavanshi" dan "Jayeshbhai Jordaar".

(Sumber: Ranveer Singh Instagram)
(Sumber foto: Ranveer Singh & Hulk Hogan Instagram)