Permohonan rayuan ikat jamin oleh aktres popular Rhea Chakraborty telah ditunda lagi ke satu tarikh yang masih belum didedahkan.
Berikutan itu, aktres itu akan terus ditahan di Penjara Byculla, Mumbai sehingga pihak mahkamah mendengar dan membenarkan rayuan ikat jaminnya.
Menurut laporan dari Bollywoodlife, pihak pendakwaan telah berjaya mendapatkan lanjutan reman terhadap aktres itu sehingga 6 Oktober depan selepas Rhea dan adik lelakinya Showik Chakraborty memfailkan rayuan ikat jami di Mahkamah Tinggi Bombay.
Menurut peguam yang mewakili Rhea iaitu Satish Maneshinde, sebutan kes rayuan itu sepatutnya berlangsung pada hari ini (24 September) namun telah ditunda atas sebab hujan.
Terdahulu, Rhea telah ditahan oleh pihak NCB (Narcotics Control Bureau) selepas perbualan berkaitan dadah berjaya ditemui dalam telefon miliknya.
Dalam perbualan itu, aktres itu dikatakan sedang berbual mengenai minyak CBD dan ganja dan ketika soal siasat dia akhirnya mengaku merupakan seorang pengguna.
Sementara itu, dalam permohonan rayuan ikat jamin, Rhea mendedahkan bahawa mendiang Sushant Singh Rajput menggunakan rakan rapat untuk membantunya ketagihannya terhadap dadah.
Pada masa sama dia juga mendedahkan hubungan Sushant dengan keluarganya juga tidak baik. Tambahnya lagi, Sushant juga memaklumkan mula mendengar suara ibunya ketika dia berada pada punca depresinya.
Malah Dr Kersi Chavda dan ahli terapi psikologi Dr Susan Walker Moffat juga pernah berkata bahawa aktor itu menderita masalah bipolar yang mana ia memerlukan aktor itu memakan ubat anti depresi dalam dos yang tinggi.
Bagaimanapun aktor itu tidak mengambil ubat secara berterusan sekaligus menyebabkan keadaannya menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan drastik dengan membunuh diri pada Jun lalu.
Kematian Sushant telah membongkar sisi gelap dunia Bollywood yang mana kini pihak berkuasa India iaitu NCB sedang giat menjalankan siasat menyeluruh mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti.
Pihak NCB bakal memanggil beberapa bintang terkemuka seperti Deepika Padukone dan pengurusnya Karishma Prakash, Rakul Preet Singh, Shraddha Kapoor, Sara Ali Khan, pereka fesyen Simone Khambatta dan beberapa nama lagi yang akan diminta untuk memberi keterangan bagi membantu berkaitan kes dadah.
(Sumber: Bollywood Life)
Public Anonymous User
Thu Sep 24 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.