Bintang Bollywood Salman Khan dan Katrina Kaif tidak hanya berkongsi keserasian di skrin lebar dan persahabatan yang bagaikan tiada penghujungnya, tetapi juga jumlah pengikut di laman sosial yang ramai.

Memetik laporan dari Telly Chakkar, kedua-dua bintang filem itu pernah terlibat dalam sebuah sesi temu bual, di mana seorang wartawan bertanyakan mengapa Katrina tidak pernah meninggalkan tanda suka mahupun komen di perkongsian Instagram milik Salman.

Buat makluman lanjut, Katrina adalah antara selebriti yang dilihat agak aktif di laman sosial berbanding Salman, maka tidak hairanlah perkara sebegitu dipersoalkan, lebih-lebih lagi mereka merupakan teman rapat.

Malah Salman sendiri teringin untuk tahu sebab mengapa aktres gandingannya dalam filem "Tiger Zinda Hai" itu mengabaikan perkongsiannya di laman Instagram.

"Biasanya awak akan meninggalkan tanda suka di foto semua orang," persoal Salman.

"Mungkin awak perlu tingkatkan lagi permainan Instagram awak," gurau Katrina.

Terdahulu, Katrina turut mempersoalkan mengapa Salman tidak mengikuti laman Instagram miliknya, memandangkan pada ketika itu Salman hanya mengikuti lapan akaun Instagram, termasuk kakak Katrina, Isabelle Kaif.

Kali terakhir Salman dan Katrina dilihat berkongsi skrin adalah menerusi filem pecah panggung "Bharat". Salman kini menantikan tayangan filemnya "Radhe", sementara Katrina pula menantikan tayangan "Sooryavanshi".

(Sumber: Telly Chakkar)
(Sumber foto: Bolly Arena)