Seperti beberapa selebriti Bollywood yang lain, Rhea turut menjadi mangsa buli siber apabila ramai pengguna media sosial menuduhnya sebagai punca Sushant bunuh diri sebulan lalu.
Menurut laporan dari The New Indian Express, buat masa ini pihak Polis Mumbai sedang menjalankan siasatan awal dan akan menjejaki lokasi bagi kedua-dua suspek yang dituduh.
"Kami telah mendaftarkan FIR pada Sabtu di bawah Kod Penal India Seksyen 507, 509 dan Seksyen 67 di bawah Akta Teknologi Maklumat.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Kami masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan," jelas pegawai polis senior Shriram Koregaonkar.
Tambah pegawai polis itu lagi, pihak polis telah pun menghantar pesanan kepada Instagram untuk mendedahkan butiran mengenai kedua-dua suspek
Baru-baru ini, Rhea telah memuat naik tangkapan skrin mesej-mesej ugutan yang diterimanya menerusi laman Instagram setelah sekian lama mendiamkan diri.
(Sumber: The New Indian Express)
(Sumber foto: Good Times)