Tempoh Perintah Berkurung yang dilaksanakan kerajaan India untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 secara tidak langsung memberi peluang kepada para selebriti untuk menyerlahkan bakat terpendam mereka.
Aktres Richa Chadha menyerlahkan bakat penulisannya apabila mendedahkan dia kini sedang menghasilkan skrip bagi sebuah filem komedi dengan bantuan rakan-rakan penulisnya.
"Semuanya bermula ketika saya menulis beberapa perkara yang ada dalam fikiran dan menjadi sebuah idea yang menarik. Tak lama selepas itu, ia mula dilihat sebagai sebuah konsep yang saya ingin kembangkan.
"Ianya sebuah filem komedi, genre kegemaran saya. Premis ini sangat melucukan. Melihat semula kehidupan kita yang sudah terganggu membuat saya memikirkan kerapuhan kewujudan manusia.
"Kita semua terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga kita lupa untuk memberi masa untuk diri sendiri dan apa yang penting untuk diri kita. Sudah lama saya pendam perkara ini dan tempoh berkurung telah menyerlahkan sisi kreatif saya," jelasnya yang dipetik dari The Indian Express.
Menurut Richa lagi, sejurus dia selesai menyusun atur struktur skrip, dia akan mula mencari penulis lakon layar untuk meneruskan projek yang belum diberi judul tersebut.
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini laporan menyatakan Richa bersama teman lelakinya yang juga aktor Ali Fazal terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada bulan April ke hujung tahun.
Untuk rekod, Ali dan Richa pernah berkongsi skrin dalam menjayakan filem komedi "Fukrey" (2013) terbitan Farhan Akhtar dan Ritesh Sidhwani.
(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: You Andi)
Public Anonymous User
Tue May 12 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Full Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Full Episode I EP 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.