Penerbit dan pengarah terkenal Rohit Shetty berpendapat bahawa filem-filem komersial semakin kurang dilihat di layar perak kerana para pembikin filem takut untuk menerbitkan filem sebegitu.

Walau bagaimanapun, Shetty masih berani mengambil risiko untuk mencipta benda baru dengan menerbitkan alam sinematik polis yang berjaya menerima sambutan baik dalam kalangan peminat.

Alam sinematik itu terdiri dari filem-filem seperti "Singham", "Singham Returns, "Simmba" serta yang terbaru, "Sooryavanshi" dan "Singham 3".

"Filem komersial semakin mati. Hanya tinggal sebilangan pembikin filem yang menghasilkan filem-filem komersial kerana ramai yang takut. Kami perlu idea yang baru untuk hasilkan filem sebegini.

"Ketika kami menghasilkan "Simmba", kami terfikir untuk menggabungkan "Singham" dan "Sooryavanshi" di dalamnya dan ia merupakan permulaan bagi alam sinematik kami.

"Kami khuatir jika "Simmba" tidak menerima sambutan, ia akan memberi kesan kepada "Singham". Benar ia adalah suatu perkara yang berisiko tetapi kami ambil risiko itu. Penonton yang membantu mencipta alam sinematik ini," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Bertindak sebagai pengarah "Sooryavanshi", sebelum ini Shetty pernah meluahkan hasratnya untuk menghasilkan filem aksi setanding dengan filem-filem Hollywood.

Diterbitkan oleh hasil kerjasama Hiroo Yash Johar, Karan Johar serta beberapa penerbit lain, "Sooryavanshi" menampilkan bintang terkenal Akshay Kumar sebagai DCP Veer Sooryavanshi, ketua Skuad Anti-Pengganas.

"Sooryavanshi" bakal menggegarkan pawagam bermula 24 Mac ini!

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)