Pembikin filem tersohor Rohit Shetty mendedahkan pengalamannya sebagai pelakon lagak ngeri sebelum ini telah banyak membantu kariernya sebagai seorang pembikin filem.

"Saya pernah melakukan aksi lagak ngeri kereta seperti yang ditonton orang ramai masa kini, dan disebaliknya adalah hasil usaha yang keras. Pengalaman sebagai pelakon lagak ngeri banyak membantu saya.

"Seperti yang dilihat kini, saya melakukan aksi lagak ngeri untuk filem-filem saya, saya tak perlukan juruteknik dari luar negara dan saya mempunyai kumpulan sendiri yang bekerja dengan saya sekarang," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Untuk pengetahuan umum, Shetty pernah menjadi pembantu pengarah kepada Kuku Kohli bagi filem aksi lakonan Akshay Kumar dan Ajay Devgn berjudul "Suhaag" 1994.

"Seperti biasa, kadangkala pelakon tidak dapat hadir ke set sewaktu hari penggambaran, jadi saya perlu melakukan beberapa lagak aksi bagi babak pelakon tersebut," tambahnya lagi.

Kini Shetty bertindak sebagai penerbit dan pengarah bagi filem aksi terbaru "Sooryavanshi" lakonan Akshay dan Ajay, yang juga filem keempat dalam francais filem polis Shetty.

Filem itu turut dibintangi barisan aktor seperti Ranveer Singh, Katrina Kaif, Gulshan Grover, Abhimanyu Singh, Sikander Kher, Neena Gupta dan Niharica Raizada.

Diterbitkan oleh kerjasama Shetty Picturez and Dharma Productions milik Karan Johar, filem "Sooryavanshi" akan menggegarkan pawagam pada 27 Mac tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)