Nampaknya penantian peminat yang mahu melihat dua bintang popular Saif Ali Khan dan Rani Mukerji kembali bergandingan akhirnya tercapai jua apabila kedua-dua mereka bakal bergandingan dalam sebuah filem terbitan Yash Raj Films.

Menurut laporan dari Masala, mereka akan membintangi filem 'rebooted' sekuel "Bunty Aur Babli 2" yang diumumkan baru-baru ini, sekaligus menyaksikan Saif dan Rani kembali bergandingan selepas kali terakhir bergandingan iaitu 11 tahun lalu.

"Filem "Bunty Aur Babli 2" adalah 'rebooted' sekuel yang berlatarkan pada zaman ketika ini. Ia sebuah naskhah yang sangat bagus dan membuatkan saya tertarik.

"Bagi saya filem ini sebuah naskhah yang pasti akan menghiburkan keluarga dan naskhah seperti ini yang saya sangat suka," ujarnya.

Pada masa, Saif turut berkata dia turut sukakan dinamik di antara filem asal dan filem Bunty Babli dalam filem kerana ia memberikan sesuatu yang cukup segar, berbeza dan yang lebih penting menghiburkan.

Dalam pada itu, Rani pula berkata dia teruja apabila Yash Raj Films ambil keputusan untuk menerbitkan sekuel selepas dia dan Abhishek (pelakon asal) bertemu dengan pihak penerbit, namun Abhishek kemudian tidak dapat turut serta.

"Sebagai satu 'pasukan', kami sangat gembira apabila Saif bersetuju untuk turut serta dalam filem ini. Saya punya banyak memori indah bekerja dengannya sebelum ini dan tidak sabar untuk 'mencipta' sesuatu baru dan mengujakan dengannya dalam "Bunty Aur Babli 2"."

Terdahulu, kedua-dua mereka pernah bergandingan dalam "Hum Tum" dan "Ta Ra Rum Pum" yang mana filem itu berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton dan menjadi filem pecah panggung.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Masala)