Filmfare Awards adalah satu upacara yang menghormati kecemerlangan seni dan teknikal dalam industri filem berbahasa Hindi di India. Upacara Filmfare adalah salah satu acara filem paling terkenal di India. Ia juga seringkala disebut sebagai industri filem Hindi yang setara dengan Anugerah Akademi di Amerika Syarikat.

Untuk meraikan Filmfare Awards yang akan bersiaran di Colors Hindi (Astro saluran 116) pada 24 April, jam 10.30 malam, BollyOne HD akan membuat ulang tayangan filem-filem yang berjaya merangkul nominasi di upacara gilang-gemilang tersebut. Berikut adalah jadual tayangan filem-filem tersebut yang akan bermula mulai Jumaat (23 April), jam 12 tengah hari.

  1. Chhapaak- 23 April, 12 tengah hari
  2. Panga- 23 April, 3 petang
  3. Malang- 23 April, 9 malam
  4. Gulabo Sitabo- 24 April, 9 pagi
  5. Shakuntala Devi- 24 April, 12 tengah hari
  6. Tanhaji- 24 April, 3 petang
  7. Angrezi Medium- 24 April, 9 malam
  8. Thappad- 24 April, 9 malam
Filem mana satu yang anda nantikan untuk tonton? Mesti celaru kerana kesemuanya unik dalam genre tersendiri kan.

Jangan lupa kongsikan informasi siaran filem-filem menarik ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Bagi anda yang mahu melanggan Bollyone HD, sila ke saluran 200.