Bintang terkenal Salman Khan dilaporkan bakal bekerjasama dengan pengarah Kabir Khan untuk filem terbaru tidak lama lagi apabila kedua-dua mereka dikatakan melakukan perbincangan untuk berkolaborasi buat kali ke empat.

"Kabir ada berbincang mengenai idea kepada Salman, yang mana aktor itu teruja dengan idea itu, tetapi menunggu draft terakhir. Samada ada kedua-dua mereka akan berkolaborasi atau tidak ia akan terjawab pada Jun ini," ujar satu sumber yang dipetik dari Masala.

Sebelum ini kedua-dua mereka pernah bekerjasama dalam filem "Ek Tha Tiger" (2012), "Bajrangi Bhaijaan" (2015) dan "Tubelight" (2017).

Dalam pada itu, ketika ini Salman sedang sibuk dengan penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai".

Selain Salman, filem padat dengan aksi itu akan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Disha Patani, Randeep Hooda dan Jackie Shroff sebagai peneraju.

Terdahulu, Salman baru sahaja muncul dengan filem "Dabangg 3" yang mana sambutan yang diterima tidak seperti dijangkakan walaupun promosi besar-besaran dilakukan berikutan bantahan CAA yang berlaku di seluruh India ketika ini.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Indianexpress)