Aktor popular Salman Khan sememangnya dikenali dengan sikapnya yang amat mementingkan soal kesihatan terutamanya dalam memastikan tubuh badannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Dia yang sering memuat naik video memperlihatkannya melakukan senaman di gimnasium turut menyeru peminat dan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Untuk memastikan dia dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat, Salman telah dilaporkan bakal melancarkan 300 buah gimnasium SK-27 Gym secara francais di seluruh India.

Mengikut perancangan, sebanyak 300 buah gim akan dibuka di seluruh India menjelang 2020.

Menurut laporan dari Masala, selain mahu melihat lebih ramai orang menjalani gaya hidup yang sihat, Salman juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada pelatih kecergasaan dan usahawan baru sambil menyebarkan pegerakan Fit India.

Pada April lalu, pelakon "Bharat" ini telah melancarkan kelengkap kecergasan jenamanya sendiri iaitu Being Strong yang mana ia sudah dipasang di lebih 175 gim di seluruh India.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Salman kini sedang seibuk dengan penggambaran filem terbarunya berjudul "Dabangg 3".

Selain itu dia juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Andaaz Apna Apna" bersama bintang popular Aamir Khan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber: Masala
Sumber foto: Blogsent