Bintang Bollywood Salman Khan dilaporkan bakal berkongsi skrin dengan rakan baiknya yang juga raja Bollywood, Shah Rukh Khan menerusi filem aksi terbaru "Pathan" yang bakal mula produksinya tidak lama lagi.
Memetik laporan dari Mumbai Mirror, Salman akan membuat kemunculan istimewa, atau 'cameo', dalam filem terbitan Yash Raj Films tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak penerbit mahupun kedua-dua bintang terkenal itu berhubung butiran lanjut filem "Pathan".
Ini bukan kali pertama Salman Khan dan Shah Rukh Khan disatukan dalam filem kerana sebelum ini mereka pernah dilihat membintangi beberapa filem bersama seperti "Kuch Kuch Hota Hai", "Hum Tumh... Hain Sanam" dan "Zero".
Buat makluman lanjut, "Pathan" merupakan filem pertama Shah Rukh Khan yang akan ditayangkan selepas dua tahun dia berehat dari dunia lakonan susulan kegagalan filem "Zero".
Selain Shah Rukh Khan, "Pathan" turut menampilkan dua lagi bintang besar Bollywood sebagai pelakon utama iaitu Deepika Padukone dan John Abraham, yang akan menjayakan watak antagonis.
Penggambaran filem itu dijangka bermula pada penghujung November ini khusus buat babak solo Shah Rukh Khan dan jadual kedua bersama para pelakon lain akan bermula pada Januari 2021.
Dalam pada itu, Salman yang kali terakhir dilihat dalam filem "Dabangg 3", akan kembali beraksi dalam filem yang dinanti-nanti ramai, "Radhe: Your Most Wanted Bhai" dan "Kabhi Eid Kabhi Diwali".
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: India Today)
Public Anonymous User
Fri Nov 06 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!