Bintang terkenal Bollywood telah mengambil keputusan untuk membatalkan majlis sambutan hari jadinya yang sering diadakan di rumah ladangnya di pinggir Mumbai setiap tahun kerana pandemik COVID-19.

Keputusan itu dibuat kerana Salman tidak mahu mengambil risiko selepas pemandu dan beberapa staf-nya disahkan positif COVID-19.

"Selepas beberapa staf-nya disahkan positif COVID-19, Salman tidak menunggu lama untuk meminta keluarga termasuk seluruh pekerjanya untuk menjalani ujian COVID-19 yang mana kesemuanya disahkan negatif," ujar rakan Salman yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Setiap tahun aktor itu akan mengadakan majlis sambutan hari jadinya pada setiap 27 Disember di rumah ladangnya bersama keluarga dan rakan rapat.

Selain menyambut hari jadinya, dia turut mengadakan sambutan Tahun Baru yang sudah menjadi acara tahunannya.

Tambah rakannya lagi, majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Salman yang disambut pada 20 November lalu juga hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: DNA India)