Selepas aktiviti penggambaran dibenar untuk bersambung, bintang terkenal Bollywood Salman Khan tidak menunggu lama untuk meneruskan penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" yang mana dia akan bergandingan dengan Disha Patani sebagai peneraju.
Bagi memastikan filem terbarunya itu padat dengan aksi-aksi hebat, Salman telah dikatakan akan membawa masuk bintang pelakon lagak ngeri terkenal di Korea Selatan iaitu Kwon Tae-Ho yang akan diberi tanggungjawab untuk koreograf babak pertarungan.
Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Salman telah membawa pakar seni mempertahankan diri itu pada tahun lalu yang mana Kwon ditempatkan di hotel 5 bintang di Bandstand.
Pengambilan pakar lagak ngeri itu dibuat selepas Salman dan pengarah Prabhu Dheva bersetuju bahawa Kwon adalah yang terbaik dalam mencorak babak pertarungan.
Menurut satu sumber, Kwon berada di India selama sebulan di mana dia menjalani penggambaran dengan pasukan produksi di sebuah studio di Bandra.
Malah dia turut akan ditampilkan dalam satu babak yang akan memperlihatkan Kwon akan bertarung dengan Salman.
Selain Salman dan Disha, "Radhe: Your Most Wanted Bhai" juga dibintangi oleh Jackie Shroff, Randeep Hooda dan ramai lagi.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: in.pinterest & twitter.com/salmanic_4ever)
Public Anonymous User
Thu Oct 15 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!