Bintang terkenal Salman Khan sekali lagi tampil dengan idea kreatif dengan meriliskan lagu terbarunya bersama Jacqueline Fernandez yang diberi judul "Tere Bina" menerusi saluran YouTube.
Lagu gubahan Ajay Bhatia itu dihasilkan bersempena dengan sambutan Hari Ibu baru-baru ini dan sesi penggambaran video muziknya telah difilemkan di sekitar kawasan rumah ladang milik Salman di Panvel.
"Ini merupakan produksi kami yang paling murah setakat ini. Sudah lama lagu ini berada dalam fikiran tetapi saya rasa ia tidak sesuai untuk ditampilkan dalam mana-mana filem saya," ujar Salman yang dipetik dari Cinema Express.
Salman Khan -
Tere Bina...coming to you at this premiere link soon! #TereBinaOutTomorrow
- Salman Khan (@BeingSalmanKhan) May 11, 2020
Click here to Watch the premiere - http://t.co/YtqtBX1wIS@Asli_Jacqueline #AjayBhatia @Musicshabbir @adityadevmusic @abhiraj21288 #SaajanSingh
Dalam pada itu, Jacqueline yang sudah lebih sebulan tinggal bersama keluarga Salman di rumah ladang itu turut mendedahkan pengalamannya melakukan penggambaran tanpa bantuan kru.
"Buat pertama kali, saya sendiri yang memeriksa pencahayaan dan memindahkan alat-alat peraga. Ia adalah pengalaman yang menarik kerana anda boleh gunakan apa sahaja yang ada di hadapan anda," kata aktres itu.
Pada masa yang sama, Salman turut memuat naik beberapa video temu bual eksklusif yang diadakan bersama aktres dan model Waluscha De Sousa dan Jacqueline di akaun-akaun media sosialnya.
Menerusi video itu, ketiga-tiga mereka dilihat berbincang mengenai situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India.
Buat masa ini, Salman sedang menantikan tayangan filem aksi terbarunya "Radhe: Your Most Wanted Bhai", sementara Jacqueline pula berehat dari penggambaran filem "Attack" yang ditunda akibat pandemik.
(Sumber: Cinema Express)
(Sumber foto: Salman Khan Instagram)