Nyawa bintang Bollywood terkenal Salman Khan hampir berada di hujung tanduk apabila menjadi sasaran penembak tepat kumpulan Lawrence Bishnol yang merancang untuk membunuhnya sejak awal tahun ini.
Menurut laporan dari Zoom TV, salah seorang daripada ahli kumpulan itu bernama Rahul atau dikenali sebagai Sanga, Baba dan juga Sunni, berjaya diberkas oleh pihak polis Faridabad di Uttarakhand pada 15 Ogos.
Laporan soal siasat mendedahkan bahawa suspek telah mengintip gerak geri Salman Khan dan kediamannya di Bandra sejak Januari lalu, di mana dia tinggal di kawasan sekitar Bandra selama dua hari.
Difahamkan suspek juga pernah terlibat dengan kes pembunuhan seorang penduduk Faridabad pada 24 Jun sebelum meletakkan Salman Khan sebagai sasaran seterusnya, namun rancangan mereka tergendala akibat pandemik COVID-19.
"Ketika soal siasat, Rahul mendedahkan dia telah pergi ke Mumbai pada Januari bagi melakukan tinjauan untuk rancangan membunuh Salman Khan. Dia pergi ke kediaman aktor itu di Bandra dan tinggal di sana selama dua hari.
"Dia melakukan tinjauan tersebut di bawah arahan Bishnoi dan Sampat Nehra, ahli kumpulan Lawrence Bishnol yang lain, yang juga pernah melakukan tinjauan untuk rancangan sama sebelum dia ditahan pada Jun 2018," dedah Timbalan Pesuruhjaya Polis Faridabad, Rajesh Duggal.
Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut dan suspek telah pun dihadapkan ke mahkamah.
(Sumber: Zoom TV)
(Sumber foto: Mumbai Mirror)
Public Anonymous User
Mon Aug 24 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.