Tindakan penyanyi Rahul Vaidya menarik diri dari rancangan popular "Bigg Boss 14" baru-baru ini ternyata memberi kejutan kepada ramai, termasuk bintang Bollywood Salman Khan yang bertindak sebagai pengacara.

Untuk episod terbaru "Bigg Boss 14" iaitu "Bigg Boss Weekend Ka Vaar" yang baru keudara pada malam ini di Colors Hindi (Astro saluran 116), para penonton bakal melihat situasi tegang antara Salman apabila melontarkan soalan-soalan berat kepada Rahul.

Sedutan episod terbaru itu boleh dilihat menerusi video yang dimuat naik di laman Instagtam Colors TV. Melihat pada riak wajah Salman, ternyata bintang filem "Dabangg 3" itu agak kecewa dengan tindakan Rahul.

A post shared by ColorsTV (@colorstv)

Buat makluman lanjut, Rahul bertindak menarik diri atas sebab terlalu sayangkan kedua ibu bapanya dan tidak mahu berjauhan dengan mereka.

Walau bagaimanapun, Salman membalas, "Adakah kamu seorang sahaja yang menyayangi keluarga sendiri? Adakah kami tidak menyayangi ibu bapa dan keluarga kami? Adakah kamu ingin katakan para peserta lain tidak menyayangi keluarga mereka?"

Sehubungan dengan itu, Salman turut meluahkan rasa kesal kerana Rahul membuat keputusan untuk melarikan diri dari rancangannya sebelum kembali menyertai rancangan tersebut.

Apa pendapat anda mengenai episod penuh emosi malam ini?

Saksikan"Bigg Boss 14" eksklusif di Astro Colors Hindi (saluran 116) dengan sarikata Bahasa Malaysia dan Inggeris setiap hari jam 9 malam!

(Sumber foto: Since Independence & News18)