Bintang terkenal Salman Khan bakal kembali bekerja seperti sediakala setelah beberapa bulan mengkuarantinkan diri di kediamannya gara-gara pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri Bollywood.
Berita baik buat para peminat adalah Salman akan kembali ke set penggambaran filem besarnya, Radhe: Your Most Wanted Bhai", yang sekian lama tertangguh dan berbaki jadual terakhir penggambaran.
"Jadual penggambaran hanya berbaki 10 ke 12 hari di Studio Mehboob, Mumbai. Penggambaran itu melibatkan sebuah lagu bersama Salman dan Disha Patani, serta Randeep Hooda dan Jackie Shroff," dedah satu sumber menerusi Mumbai Mirror.
Sebelum ke set penggambaran filem, Salman akan terlibat dengan program "Bigg Boss" musim ke-14 terlebih dahulu, di mana dia kembali memegang jawatan sebagai pengacara program tersebut.
""Bigg Boss" dijadualkan untuk bersiaran pada 4 Oktober. Kebiasaannya, episod pertama akan difilemkan sehari lebih awal supaya identiti para peserta boleh dirahsiakan.
"Walau bagaimanapun, dalam situasi yang tidak menentu ini, mereka perlu memfilemkannya tiga hari lebih awal. Kali ini tiada penonton yang akan berada di lokasi. Salman telah pun membuat persediaan," tambahnya lagi.
Buat masa ini, filem "Radhe" yang sepatutnya tayang pada Aidilfitri 2020 berkemungkinan akan ditayangkan pada Hari Natal 2020 atau Hari Republik India, iaitu pada 26 Januari 2021.
Dalam perkembangan lain, Salman telah pun menetapkan tarikh untuk terlibat dengan penggambaran filem ketiga dari francais "Tiger" yang dijangka bermula pada Februari 2021.
Filem arahan Maneesh Sharma itu akan menggandingkan Salman bersama aktres Katrina Kaif.
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Tribune.com)
Public Anonymous User
Mon Sep 14 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.