Bintang terkenal Bollywood, Salman Khan kini sedang sibuk mempromosikan filem aksi terbarunya "Dabangg 3" yang akan menyaksikan dia kembali menghidupkan wataknya sebagai Chulbul Pandey tidak lama lagi.

Walaupun sibuk dengan rangka kerja promosi, namun ia tidak menghalang aktor itu turut terus memikirkan filem akan datangnya.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, memandangkan Salman membintangi tiga filem aksi berturut-turut iaitu "Dabangg 3", "Radhe" dan "Kick 2", aktor itu merancang untuk hasilkan sebuah filem 'crossover' ketiga-tiga filem itu.

Salman bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai idea filem terbarunya itu.

Dalam pada itu, filem terbarunya "Dabangg 3" akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Manakala pada tahun 2020 dia bakal muncul dengan "Radhe" pada Aidilfitri dan "Kick 2" pada 2021.

(Sumber: Bollywood Hungama)