Bintang Bollywood Salman Khan telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-55 di rumah ladangnya di Panvel pada Ahad lalu (27 Disember).
Biarpun Salman menasihati para peminat untuk tidak berkumpul di kediamannya demi membendung penularan wabak COVID-19, namun majlis ulang tahun kelahirannya masih disambut meriah dengan kehadiran media.
Sehubungan dengan itu, Salman turut mendedahkan perkembangan tentang filemnya, "Radhe: Your Most Wanted Bhai", yang sudah berbulan-bulan tertangguh susulan penutupan panggung wayang.
Seperti sedia maklum, bintang "Dabangg 3" itu sentiasa komited dalam menayangkan filemnya setiap kali tiba musim perayaan, terutamanya pada sambutan Aidilfitri.
"Tayangan "Radhe" bergantung pada situasi semasa, apabila mereka kembali ke pawagam dan mereka mempunyai wang mencukupi untuk dibelanjakan untuk hiburan.
"Kami telah membuat komitmen untuk tayangan sempena Aidilfitri tahun lalu dan akan meneruskan komitmen ini untuk Aidilfitri akan datang.
"Jika situasi bertambah baik, kami akan menayangkannya pada Aidilfitri tahun hadapan, atau bila-bila masa yang sesuai," katanya yang dipetik dari Times of India.
Walau bagaimanapun, Salman memberitahu dia kini lebih mengutamakan keselamatan para penonton berbanding tayangan filemnya.
Malah dia turut mengakui tidak berminat untuk menyambut ulang tahun kelahirannya pada tahun ini.
Selain Salman, "Radhe" turut dibintangi barisan bintang Bollywood terkenal seperti Disha Patani, Jackie Shroff dan Randeep Hooda.
(Sumber foto: Salman Khan Instagram)
Public Anonymous User
Sun Dec 27 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.