Walaupun pada mulanya peminat teruja apabila rancangan "Bigg Boss 13" diumumkan akan diteruskan lagi untuk lima minggu, namun ia bertukar sebaliknya apabila hos rancangan tersebut yang juga bintang terkenal Salman Khan dikatakan tidak akan terlibat dalam rancangan itu lagi.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, penarikan diri Salman daripada rancangan itu terpaksa dilakukan kepada aktor itu kerana jadualnya yang ketat.

Salman juga dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan rancangan itu lebih awal kerana terlibat dengan penggambaran filem terbarunya berjudul "Radhe" tahun hadapan yang mana ia akan berlangsung di luar negara.

Dalam pada itu, pihak stesen televisyen rancangan "Bigg Boss 13" kini dalam usaha untuk cuba menyakinkan aktor itu untuk terus bersama rancangan itu.

Bagaimanapun sehingga kini Salman masih lagi belum membuat sebarang pengumuman rasmi samada dia akan kekal dengan rancangan itu atau tidak.

Sementara itu, selain filem "Radhe" Salman juga bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Dabangg 3" tidak lama lagi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Filmibeat)