Setelah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat pada 10 Ogos lalu, bintang terkenal Sanjay Dutt dilaporkan telah menjalani rawatan susulan di sebuah hospital di Andheri, Mumbai.
Sehubungan dengan itu, ia turut menamatkan spekulasi yang tular di media sosial baru-baru ini, mengatakan Sanjay telah dimasukkan ke wad.
"Sanjay berada di hospital semalam (Sabtu) selama beberapa jam. Malah dia turut berada di sana untuk menjalani rawatan pada pagi ini (Ahad). Dia menjalani pemeriksaan seperti yang ditentukan oleh doktor.
"Keputusan rawatannya akan menentukan rawatan yang bakal dia jalani selanjutnya. Dia masih belum dimasukkan ke hospital," dedah satu sumber dari Times of India.
Buat makluman lanjut, aktor filem "Kalank" itu mengadu sesak nafas pada 8 Ogos dan digegaskan ke hospital kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19.
Walau bagaimanapun, ujian saringan COVID-19 Sanjay adalah negatif, namun pemeriksaan imbasan CT (Computed Tomography) mendedahkan bahawa terdapat pengumpulan cecair di paru-paru kanannya (efusi pleura), serta dengan luka di setiap paru-paru.
Setelah cecair di paru-parunya dibuang, Sanjay kemudiannya diminta menjalani imbasan pengimejan Positron Emission Tomography (PET), di mana pihak hospital mendapati cecair itu mengandungi sel-sel kanser.
Dalam pada itu, Sanjay sempat memaklumkan kepada orang ramai menerusi laman Twitter miliknya bahawa dia sedang berehat dari sebarang aktiviti penggambaran untuk menjalani rawatan.
Untuk rekod, Sanjay mempunyai enam buah filem baru yang masih dalam proses penggambaran dan pos-produksi iaitu "Sadak 2", "Shamshera", "Bhuj: The Pride of India", "K.G.F: Chapter 2", "Prithviraj" dan "Torbaaz".
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: India.com)
Public Anonymous User
Mon Aug 17 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.