Pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri perfileman menyebabkan pengarah Sanjay Leela Bhansali membuat keputusan untuk merobohkan set penggambaran filem terbarunya "Gangubai Kathiawadi" di studio Filmcity.
Menurut Bhansali, tujuannya berbuat demikian adalah untuk mengurangkan kos sewa yang lebih tinggi berbanding kos pembinaannya selepas Perintah Berkurung dilaksanakan di India.
"Pada Mac lalu, Bhansali telah menyelesaikan pembayaran bagi kos penyelenggaraan set filemnya. Biarpun Perintah Berkurung telah diumumkan, namun kumpulan produksi menjangka tempoh penggambaran hanya akan tertangguh lebih kurang sebulan.
"Walau bagaimanapun, melihat keadaan yang semakin buruk di Mumbai, tidak mungkin sesi penggambaran akan disambung dalam waktu terdekat.
"Selepas melakukan kiraan semula, membina semula set itu ternyata alternatif yang lebih murah berbanding membiarkan ia dalam keadaan yang tidak menentu ini," dedah satu sumber yang dipetik dari ABP Live.
Seperti diumumkan sebelum ini, "Gangubai Kathiawadi" merupakan sebuah filem biopik jenayah mengenai Ratu Mafia dan 'ibu ayam' bagi sebuah rumah pelacuran.
Dibintangi oleh aktres Alia Bhatt sebagai peneraju utama, ia dijadual untuk ditayangkan pada 11 September 2020.
Walau bagaimanapun, pihak produksi berkemungkinan akan menunda tarikh tayangannya ke tahun hadapan akibat pandemik COVID-19.
(Sumber: ABP Live)
(Sumber foto: Sanjay Leela Bhansali Instagram)
Public Anonymous User
Fri Apr 24 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!