Aktres yang juga anak kepada bintang Bollywood Saif Ali Khan, iaitu Sara Ali Khan mendedahkan pengalaman lucu dan tidak dapat dilupakan apabila dirinya pernah disalah anggap sebagai peminta sedekah.
Perkara itu diceritakan menerusi video temubual lama Zoom TV bersama Sara, yang baru-baru ini tular di Internet ketika namanya tersenarai untuk disoal siasat Biro Kawalan Narkotik India (NCB) berhubung kes kematian aktor Sushant Singh Rajput.
Menurut Sara, insiden itu berlaku beberapa tahun lalu ketika dia pergi bercuti bersama keluarganya, di mana ibu bapanya, Saif Ali Khan dan Amrita Singh, meninggalkannya sebentar untuk ke kedai.
"Saya tunggu di luar bersama adik saya dan pembantu kami. Saya mula menari dan orang ramai mula memberi wang kepada saya kerana mereka sangkakan saya sedang meminta sedekah. Saya simpan wang itu dan terus menari.
"Apabila ibu bapa saya tiba, pembantu kami memberitahu mereka yang saya diberi wang kerana terlalu comel, tetapi ibu beritahu yang mereka sebenarnya sangkakan saya ini peminta sedekah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sara kini terlibat dengan penggambaran filem baru Anand L Rai, "Atrangi Re", yang tergendala sejak Mac lalu setelah pandemik COVID-19 melanda dunia.
Filem yang menggandingkan Sara dengan bintang Bollywood Akshay Kumar dan Dhanush itu dijangka tayang pada 14 Februari 2021, namun tayangannya terpaksa ditunda ke tarikh baru.
Sementara itu, filem Sara bersama Varun Dhawan, "Coolie No. 1" arahan David Dhawan masih belum ditayangkan lagi selepas pihak produksi terpaksa menangguhkan tayangannya pada Mei lalu.
(Sumber: Zoom TV)
(Sumber foto: Elle India)
Public Anonymous User
Tue Sep 29 2020

Subramaniam Sooryapparad I Saravedi Talk
HEMANATHAN I Saravedi Talk
Capt Murthi I Saravedi Talk
Kabil Ganesan I Saravedi Games
Kabil Ganesan I Saravedi Talk
YBhg Datuk Dr. Ravee Packirisamy I Saravedi Talk
GS Tharmann I Saravedi Games
Tamil Amutham_Week 4
Recap of the top 20 contestants of the Tamil Pechu Potti competition: They will engage in a Face-Off Challenge during the corresponding week of the Saravedi Night.
In Week 4, Thamayanthyi and Pugalini competed to win the coveted title. The event is also available on Astro Go and On Demand.
In Week 4, Thamayanthyi and Pugalini competed to win the coveted title. The event is also available on Astro Go and On Demand.
Vaara Raasipalan I 17th September 2023 - 24th September 2023
Get ready to discover what the stars have in store for you! Don't miss Raasipalan, the weekly astrology program on Vaanavil every Sunday at 9am.
Social Experiment | Hari Malaysia | Astro Ulagam
Testing the Heart of Unity: Will Malaysians come to the rescue when someone is about to faint?
Watch the Hari Malaysia special social experiment to find out the result! Selamat Hari Malaysia, dear Malaysians!
#HariMalaysia60 #DemiNegaraku #astroulagam
Watch the Hari Malaysia special social experiment to find out the result! Selamat Hari Malaysia, dear Malaysians!
#HariMalaysia60 #DemiNegaraku #astroulagam