Pengarah John Matthew Matthan memaklumkan bahawa sekuel kepada filem klasik "Sarfarosh" dihasilkan sebagai bentuk penghargaan kepada Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) India.
Menurut Matthan, filem kedua ini akan memaparkan landskap politik negara itu, namun tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik.
"Sekuel ini mengisahkan tentang keselamatan dalam negara India. Ia menggambarkan bagaimana keselamatan negara masih teguh biarpun dilanda pelbagai masalah," katanya yang dipetik dari India TV News.
Malah, Matthan turut mendedahkan dia mengambil tempoh yang agak lama untuk menyiapkan skrip, di mana skrip filem itu telah ditulis sebanyak lima hingga enam kali sebelum dimuktamadkan.
"Ketika saya menulis skrip, saya memandang pada segi kritikan dan menolak tepi perkara itu. Selepas lima hingga enam bulan, saya menulisnya semula dan berdepan halangan baru.
"Ini sebenarnya adalah skrip kelima bagi "Sarfarosh 2", yang telah pun dimuktamadkan. Kami perlu ada rakan-rakan yang baik dan pandai mengkritik kami," katanya.
Dalam pada itu, Matthan juga mendedahkan bahawa senarai lagu dalam runut bunyi "Sarfarosh 2" akan dikurangkan serta mengetengahkan muzik ghazal yang bersesuaian dengan mesej filem.
Walau bagaimanapun, buat masa ini barisan pelakon bagi "Sarfarosh 2" masih belum didedahkan.
Terdahulu, "Sarfarosh" yang dibintangi Naseeruddin Shah, Aamir Khan dan Sonali Bendre menjadi filem pertama arahan Matthan, sekali gus mengangkat popularitinya di Bollywood apabila dia memenangi Anugerah Nasional.
(Sumber foto: Times of India & IMDB)
Public Anonymous User
Thu Jan 21 2021

Dive into Vijay Antony vs. Vijay Antony!
Let's unravel the layers of the fantabulous music director, singer, actor, producer – the man of many hats!
Day 7 Highlights
Day 3 Highlights
Day 6 Highlights
Day 4 Highlights
Day 1 Highlights
Day 5 Highlights
Day 2 Highlights
Astro Ulagam Deepavali TVC
Life's most precious moments deserve to be celebrated and cherished.
When life moves at a rapid pace, our memories can fade like sunsets.
As the festival of Deepavali draws near, witness the heartfelt journey of a loving son who becomes his mother's guardian, carrying their precious memories through the shadows of Alzheimer's. Let this heartwarming story be a reminder of what truly matters during this joyful festival. #SemmeDeepavali #astroulagam
When life moves at a rapid pace, our memories can fade like sunsets.
As the festival of Deepavali draws near, witness the heartfelt journey of a loving son who becomes his mother's guardian, carrying their precious memories through the shadows of Alzheimer's. Let this heartwarming story be a reminder of what truly matters during this joyful festival. #SemmeDeepavali #astroulagam