Aktor Bollywood Rajkummar Rao telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 31 Ogos (Isnin) dan rakan-rakan selebriti membanjiri media sosial dengan ucapan istimewa buat aktor tersebut.
Berikut merupakan ucapan-ucapan istimewa buat Rajkummar daripada Priyanka Chopra Jonas, Hrithik Roshan, Preity Zinta, Anil Kapoor, Sonam Kapoor, Riteish Deshmukh dan Tisca Chopra yang dikongsikan di laman Twitter.
Happy Birthday @RajkummarRao
- PRIYANKA (@priyankachopra) August 31, 2020
Hope your day is filled with everything you desire and more ❤️ pic.twitter.com/PaK7lQrglw
Happy Birthday Raj, may you continue ruling our screens with your magic! Love & respect for you always @RajkummarRao. Keep shining ?
- Hrithik Roshan (@iHrithik) August 31, 2020
Happy Birthday @RajkummarRao Wish you all things wonderful big and small today and always. Keep smiling, keep shining and keep entertaining us Always ? Loads of love ❤️❤️ pic.twitter.com/PUp4KEJw20
- Preity G Zinta (@realpreityzinta) August 31, 2020
Happy Birthday, @RajkummarRao!! Working with you has always been memorable! Here's to many more!
- Anil Kapoor (@AnilKapoor) August 31, 2020
Have a great year, wishing you all the love & luck!! pic.twitter.com/oz8Y2K1XDV
Happy happy birthday my darling friend @rajkummarrao the best person and best actor.. all my love .. see you at the movies! ❤️ http://t.co/X5zNlInogt
- Sonam K Ahuja (@sonamakapoor) August 31, 2020
Happy Birthday @RajkummarRao have a great one. Keep inspiring everyone with your good work - much love
- Riteish Deshmukh (@Riteishd) August 31, 2020
Happy birthday @RajkummarRao .. stay exactly as you are.. kind, gentle and such a pure artist ❣️
- Tisca Chopra (@tiscatime) August 31, 2020
Selain Twitter, beberapa selebriti lain seperti Vicky Kaushal, Sanjana Sanghi dan Bhumi Pednekar turut tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan istimewa buat Rajkumaar menerusi laman Instagram Story.
Sedikit butiran mengenai karier Rajkummar dalam industri lakonan, dia membuat debut di layar perak menerusi filem "Rann" pada 2010 dan seterusnya membintangi pelbagai filem-filem hebat seperti "Shahid", "Trapped" dan "Stree".
Atas kejayaannya dalam bidang lakonan, Rajkummar juga melakar sejarah hidupnya dengan beberapa pencapaian besar seperti memenangi Anugerah Persembahan Aktor Terbaik di Anugerah Skrin Asia Pasifik 2017, Aktor Terbaik di Festival Filem India Melbourne, Aktor Terbaik di Anugerah Filem Nasional dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, Rajkummar akan tampil dalam filem antologi komedi arahan Anurag Basu, "Ludo", bersama Abhishek Bachchan, Aditya Roy Kapur, Sanya Malhotra, Fatima Sana Shaikh dan Pankaj Tripathi.
Selain itu, dia juga sudah selesai menjalani penggambaran bagi filem komedi seram "Roohi Afzana" yang turut menampilkan aktres Janhvi Kapoor dan aktor Varun Sharma. Filem itu diterbitkan oleh Dinesh Vijan.
Rajkummar juga akan membintangi filem komedi gelap arahan Hansal Mehta, "Chhalaang", serta "Badhaai Do", iaitu sekuel kepada filem pecah panggung 2018, "Badhaai Ho".
(Sumber: Times of India & Twitter)
(Sumber foto: Freshers Live)