Sekali lagi industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan berita pemergian seorang lagi bintang legenda dan pembikin filem Rishi Kapoor yang disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Berita sedih itu telah disahkan oleh abangnya yang juga pembikin filem dan aktor Randhir Kapoor, serta bintang veteran Amitabh Bachchan.

Baru-baru ini, Rishi telah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital HN Reliance, Mumbai, selepas didapati mengalami sesak nafas dan menderita penyakit kanser sejak dua tahun lalu.

Rishi pergi meninggalkan isteri dan aktres Neetu Singh, serta anak-anaknya aktor Ranbir Kapoor dan pereka fesyen Riddhima Kapoor.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood tampil memberi 'tribute' terakhir buat Rishi menerusi media sosial.

Akshay Kumar
Aamir Khan
Ajay Devgn
Priyanka Chopra
Parineeti Chopra
Tiger Shroff
John Abraham
Karan Johar
Shahid Kapoor
Emraan Hashmi
Anushka Sharma
Madhuri Dixit
Riteish Deshmukh
Shruti Seth
Divya Dutta
Jhony Lever