Kejayaan demi kejayaan merupakan faktor utama kumpulan Kpop terkemuka, BTS menjadi idola ramai dari seluruh pelusuk dunia, termasuk dari kalangan selebriti-selebriti terkenal! Ternyata perbezaan budaya dan bahasa tidak menjadi penghalang minat mereka terhadap kumpulan Kpop dari Korea Selatan tersebut.
Untuk yang tidak tahu, John Cena dan Ryan Reynolds adalah antara peminat setia BTS, atau lebih dikenali sebagai ARMY, dari Hollywood. Bukan itu sahaja, selebriti-selebriti dari Bollywood juga tidak terlepas dari terkena tempias populariti kumpulan yang diterajui oleh Jimin, Jungkook, J-Hope, RM, Jin, Suga dan V ini. Jadi mari kita lihat senarai selebriti Bollywood yang meminati BTS!
Bollywood Actor @ayushmannk IG Story
- ᴮᴱ Akshay ⁷ (@OT7akshay) November 17, 2019
Euphoria? - @BTS_twt pic.twitter.com/AeLEulFK2G
ARMY BTS tidak boleh duduk diam apabila aktor versatil Ayushmann Khurrana menekan butang suka pada foto-foto anggota BTS, Jimin, Jin dan V di laman Instagram. Malah dia turut berkongsi fotonya menerusi Instagram Story berlatar belakang lagu kegemarannya, "Euphoria" nyanyian anggota kumpulan BTS, Jungkook. Lebih mengujakan para peminat adalah aktor itu sudah pun mengikuti BTS di Instagram
Anyone else in love with bts' new single! #dynamite @bts_bighit. bighitofficial@BTS_twt pic.twitter.com/ZsS98m74yI
- Tiger Shroff (@iTIGERSHROFF) September 5, 2020
Siapa sangka bintang filem aksi Tiger Shroff sebenarnya seorang ARMY! Baru-baru ini lagu pecah rekod BTS, "Dynamite" yang dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, berjaya memberi impak besar ke seluruh dunia kerana muziknya yang rancak dan segar. Tiger yang sememangnya peminat setia kumpulan itu, memberi tribute kepada mereka dengan mempersembahkan video tariannya bertemakan lagu "Dynamite" dan kata-kata manis buat BTS atas kejayaan mereka.
Thank you @iTIGERSHROFF sir for your lovely words. We Armies love you. And your song #Unbelievable was amazing too. Waiting for more of your songs. ?????? pic.twitter.com/Z4xVvLq7ry
- BTS latest NEWS⁷ (@BTS_7_Charts) September 24, 2020
Tiger juga menjawab pertanyaan peminat yang bertanya jika dia mahu berkolaborasi dengan BTS. Ujar bintang filem "War" itu, dia berpendapat bahawa dirinya tidak cukup layak untuk berkolaborasi dengan kumpulan paling terkenal dunia tersebut.
Walaupun tidak pernah memberi sebarang kenyataan tentang BTS, namun Deepika Padukone menimbulkan keterujaan para peminat, terutamanya ARMY, apabila dia memberi petunjuk bahawa dia juga seorang ARMY. Ia susulan aktres jelita itu memuat naik fotonya dengan kapsyen "I Purple You" berserta emoji hati berwarna ungu. Semua ARMY tahu ungkapan itu dicipta oleh anggota BTS, V.
![]() |
Diva yang semakin mengecapi populariti, Disha Patani telah membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati BTS. Ketika India dikenakan perintah berkurung baru-baru ini, Disha sempat melayan video muzik lagu BTS, "Boy With Luv" seperti yang dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya. Selain itu, "Home" juga adalah salah satu dari lagu-lagu BTS kegemarannya.
![]() |
Jika dahulu aktor dan penyanyi Diljit Dosanjh mengaku bahawa dia meminati Kylie Jenner, kini dia tidak terlepas untuk bercakap mengenai BTS. Menurut Diljit, walaupun tidak memahami lirik lagu BTS, dia lebih cenderung untuk menonton video-video konsert BTS kerana mengagumi tenaga tujuh anggota kumpulan tersebut. Malah Diljit turut memberi tribute kepada BTS menerusi ciapan yang dikongsi di laman Twitter miliknya.
@BTS_twt @bts_bighit They r Lit ? Insane Fan Following.. RESPECT ✊
- DILJIT DOSANJH (@diljitdosanjh) May 24, 2019
Respect entire Team #BTS