Sehingga kini peminat bintang terkenal Shah Rukh Khan masih lagi menunggu bila pelakon kegemaran mereka akan beraksi di layar perak, namun penantian mereka bakal berakhir apabila aktor itu bakal muncul dengan dua filem terbaru tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Shah Rukh Khan tidak akan membintangi filem sebagai peneraju sebaliknya akan membuat cameo dalam dua buah filem iaitu "Shershaah" dan "Brahmastra".

Walaupun wataknya hanyalah sebagai cameo, namun watak yang dibawa oleh Shah Rukh Khan dalam kedua-dua filem itu dikatakan penting.

"Shah Rukh Khan sudah pun menjalani penggambaran cameo-nya dalam "Shershaah" tetapi ia dilakukan tanpa pengetahuan ramai kerana pembikin filem mahu umumkan bila sudah tiba masanya nanti.

"Dalam filem tersebut watak cameo Shah Rukh Khan merupakan watak penting kerana wataknya merupakan individu yang penting dalam kehidupan Kapten Batra (Sidharth Malhotra) pada awal kerjaya tenteranya sehingga ke perang Kargil," ujar satu sumber.

v Sementara itu, untuk filem "Brahmastra" pula, aktor itu akan membawa watak penting kepada perjalanan watak utama yang dibawa oleh Ranbir Kapoor.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem "Shershaa" yang diterbitkan oleh Karan Johar dan Shabbir Boxwala, ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Sidharth Malhotra dan Kiara Advani sebagai peneraju.

Filem ini diangkat dari kisah sebenar mengenai Perang Kargil pada tahun 1999.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: JanBharat Times)