Bintang terkenal dunia Shah Rukh Khan sekali lagi menerima penghargaan apabila diberikan Doktor Falsafah (PhD) dalam Filantropi daripada The University of Law, London.

Aktor itu menerima PhD itu ketika majlis graduasi bersama lebih 350 pelajar di universiti tersebut.
Selama lebih sedekad, dia telah berjaya menempa nama sebagai aktor, penerbit filem, hos televisyen, penderma dan usahawan.

Pelakon "My Name Is Khan" ini juga terlibat dengan hak kemanusiaan di India selain menyokong kempen kerajaan India, termasuk Pulse Polio dan National Aids Control Organization.


Berita gembira itu dikongsi oleh aktor itu sendiri menerusi laman sosial Twitter miliknya, di mana dia turut menyatakan yang dia berasa sangat berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan oleh University of Law itu.

"Terima kasih di atas penghargaan @universityoflaw & tahniah buat pelajar yang menamatkan pengajian. Ia akan memberi suntikan semangat buat pasukan kami di @MeerFoundation untuk terus berkembang dan berkongsi dengan lebih banyak," tulisnya.

Ini bukanlah kali pertama aktor itu menerima penghargaan kerana sebelum ini dia pernah mendapat PhD daripada University of Bedfordshire dan University of Edinburgh.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.


Sumber foto: Twitter Shah Rukh Khan