Sejak akhir-akhir ini Shahid Kapoor sering dilihat membintangi filem-filem 'remake' India Selatan dan yang terbaru dia telah ditawarkan untuk menerajui 'remake' filem Tamil "Soorarai Pottru".
Filem terbitan Guneet Monga itu merupakan sebuah filem aksi berdasarkan kehidupan G. R. Gopinath, pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Deccan dan juga pesara kapten Tentera India.
Difahamkan ia merupakan perancangan Monga sejak awal untuk menerbitkan filem itu dalam beberapa versi lain selain Tamil iaitu Hindi, Telugu dan Kannada.
"Filem ini memang sepatutnya dihasilkan dalam pelbagai bahasa. Shahid telah menjayakan "Kabir Singh" tahun lalu, yang mana ia adalah adaptasi versi Hindi untuk filem pecah panggung Telugu "Arjun Reddy".
"Jadi sebab itu dia menjadi pilihan utama pembikin filem ini. Buat masa ini dia sedang meneliti skrip filem. Selepas peneraju utama dimuktamadkan, kumpulan produksi akan teruskan mencari pelakon pembantu pula," dedah satu sumber dari Mid-Day.
Walau bagaimanapun, buat masa ini Shahid masih belum tampil untuk mengesahkan berita berkenaan, dan jika dia bersetuju, ia menandakan kali ketiga dia akan membintangi filem India Selatan.
Dalam pada itu, Shahid sedang membuat persiapan terakhir bagi filem sukan "Jersey", iaitu 'remake' kepada filem Telugu yang sama judulnya, arahan Gowtham Tinnanuri.
"Jersey", yang turut menampilkan Mrunal Thakur dan Pankaj Kapur, dijangka akan ditayangkan pada 28 Ogos 2020.
(Sumber: Mid-Day)
(Sumber foto: Verve Magazine & Medium)
Public Anonymous User
Thu Jun 18 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!