Selepas aktres Hina Khan disahkan untuk menerajui siri televisyen terkenal "Naagin" musim kelima, kini aktor Sharad Malhotra dilaporkan menjadi pilihan penerbit Ekta Kapoor untuk menggalas watak antagonis utama.
Menurut satu sumber, Sharad adalah pelakon paling sesuai untuk membawa watak antagonis utama dalam siri fantasi thriller 'supernatural' itu memandangkan dia mempunyai bentuk tubuh yang tegap
"Sharad akan membawa watak antagonis utama dalam siri tersebut. Ia merupakan satu watak yang belum pernah dibawa oleh aktor itu sebelum ini," dedah satu sumber dari Times of India.
Difahamkan pihak penerbit turut menyenaraikan beberapa nama aktor yang lain sebelum membuat keputusan terakhir untuk memilih Sharad.
Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak penerbit mahupun Sharad masih belum tampil untuk mengesahkan butiran berkenaan.
Dalam pada itu, penggambaran bagi episod terakhir "Naagin" musim keempat telah pun selesai dijalankan, namun pihak penerbit belum mengumumkan tarikh tayangan bagi musim kelima.
Untuk rekod, Sharad membuat debut di kaca televisyen pada 2004 menerusi sebuah program realiti dan kemudiannya membintangi siri televisyen pertamanya pada tahun yang sama.
Selepas beberapa tahun mencipta nama sebagai aktor televisyen, bakatnya diperkembangkan lagi di layar perak menerusi filem pertamanya "From Sydney with Love" (2012) arahan Prateek Chakravorty.
Pada 2016, Sharad turut muncul dalam filem seram romantik arahan Arshad Siddiqui, "Ek Tera Saath", di mana dia digandingkan bersama Hritu Dudani dan Melanie Nazareth sebagai peneraju utama.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Biz Asia Live)
Public Anonymous User
Wed Aug 05 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.