Setelah aktres Bollywood Rhea Chakraborty ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik India (NCB) untuk membantu siasatan kes kematian Sushant Singh Rajput, kini aktres Shraddha Kapoor dan Sara Ali Khan dilaporkan bakal terbabit dengan sesi soal siasat.
Difahamkan kedua-dua aktres yang pernah digandingkan dengan Sushant dalam filem itu akan disoal siasat minggu ini, membabitkan tuduhan penglibatan dadah dalam industri Bollywood.
Shraddha telah digandingkan dengan Sushant dalam filem pecah panggung "Chhichhore", sementara Sara berkongsi skrin dengan Sushant dalam filem debutnya, "Kedarnath".
Tambahan lagi, baru-baru ini rakan baik Sushant mendedahkan bahawa Sushant dan Sara pernah bercinta selepas hubungan mereka mulai rapat sejak membintangi filem tersebut.
Menurut laporan yang dipetik dari Republic World, baru-baru ini Rhea telah menyenaraikan sebanyak 25 nama selebriti, terdiri daripada pelakon, penerbit dan pengarah yang didakwa terbabit dengan jual beli dadah.
Seperti yang dilaporkan NCB lagi, aktres Rakul Preet Singh dan pereka fesyen Simone Khambatta juga bakal menjadi sasaran mereka untuk disoal siasat pada minggu ini berkaitan kes yang sama.
"Berdasarkan apa Rhea nyatakan ketika sesi soal siasat mengenai selebriti-selebriti Bollywood ini, kami akan membuat keputusan siapa lagi yang akan ditahan untuk soal siasat," ujar seorang pegawai NCB.
Walau bagaimanapun, NCB tidak mendedahkan kaitan dengan nama yang didedahkan oleh Rhea yang kini berada di Penjara Byculla, Mumbai.
(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: bhaskarlive.in & Grazia India)
Public Anonymous User
Tue Sep 22 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.