Melihatkan semakin ramai aktor Bollywood yang ingin dan telah bergelar penerbit, kini aktor Sidharth Malhotra turut menyuarakan hasrat yang sama.

"Jika ia sebuah cerita yang menjadi projek atas minat sendiri, saya akan terbitkan filem itu. Bukan dari aspek komersial tetapi sebuah cerita yang saya rasa ia harus atau patut difilemkan. "Pasti menarik jika dapat menghasilkan kandungan dan menceritakan kisah yang saya percayakan. Jika diikutkan, filem "Shershaah" sudah saya terbitkan tetapi ia dihasilkan dalam skala yang sangat besar jadi saya tak berkemampuan.

"Mungkin pada masa akan datang saya akan menerbitkan filem," kata peneraju utama filem "Shershaah" itu seperti yang dipetik menerusiMumbai Mirror.

Menurut Sidharth, filem sejarah itu diarahkan oleh pengarah terkenal dalam industri perfileman India Selatan, Vishnu Varadhan, dan ini menandakan debut pengarahannya dalam filem Hindi.

Filem itu diinspirasikan oleh kehidupan seorang pegawai Tentera India, Kapten Vikram Batra, yang mana wataknya dipegang oleh Sidharth sendiri.

Turut menampilkan aktres Kiara Advani, filem aksi biografi terbitan Karan Johar itu mensasarkan tahun 2020 untuk ditayangkan di pawagam.

(Sumber foto: GQ India)

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)