Aktres popular Sonakshi Sinha menjadi bualan ramai ketika ini apabila dia terpalit dengan tuduhan satu kes penipuan selepas satu laporan polis difailkan di Uttar Pradesh pada tahun lalu.

Menurut laporan dari TimesofIndia, dalam laporan polis itu mendakwa aktres itu sepatutnya melakukan persembahan di sebuah acara di Delhi, bagaimanapun dia tidak hadir pada acara itu.

Berasa seperti ditipu, pihak penganjur mengambil keputusan untuk buat laporan polis, dan pihak polis Moradabad telah pergi ke rumah aktres itu untuk mengambil keterangan Sonakshi bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian apabila dia tidak ada di rumah.

Dalam pada itu, jurucakap Sonakshi pula tampil menyangkal tuduhan pihak penganjur dengan mengatakan tuduhan itu palsu dan tidak berasas.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Sonakshi bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Khandaani Shafaknama" dan "Mission Mangal".

Selain itu, dia juga akan terlibat dengan filem aksi "Dabangg 3" bersama Salman Khan.

(Sumber: Times of India)

(Sumber foto: India Tv News)