Aktres Sonam Kapoor berkongsikan sekeping foto ikonik yang menampilkan tujuh orang juara pertandingan ratu cantik bersempena dengan ulang tahun ke-20 aktres Lara Dutta dinobatkan sebagai Miss Universe 2000.

Foto itu menampilkan bintang-bintang terkenal iaitu Sushmita Sen (Miss Universe 1994), Priyanka Chopra (Miss World 2000), Lara Dutta (Miss Universe 2000), Yukta Mookey (Miss World 1999), Dia Mirza (Miss Asia Pacific 2000), Diana Hayden (Miss World 1997) dan Aishwarya Rai (Miss World 1994).

Seperti yang ditulis oleh Sonam di laman Instagram, jelas aktres itu ingin menyaksikan zaman kegemilangan pertandingan ratu cantik diadakan semula.

Malahan terdapat ramai para peminat yang tidak pernah tahu akan kewujudan foto tersebut sebelum ia tular di media sosial.

"Wanita-wanita ini yang mencipta sejarah, saya tak rasa kita akan dapat melihat perkara yang sama berlaku dalam pertandingan-pertandingan ratu cantik yang akan datang.

"India sememangnya hebat," ujar seorang peminat yang dipetik dari Hindustan Times.


Lara Dutta bergelar Miss Universe pada 12 Mei 2000 ketika dia berusia 22 tahun

Buat pengetahuan lanjut, Lara Dutta merupakan wanita India kedua yang dinobatkan sebagai juara Miss Universe, selepas Sushmita Sen.

Lara kemudiannya mencipta nama dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem romantik "Andaaz" (2003) yang diarahkan oleh Raj Kanwar.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Sonam Kapoor Instagram, Angelopedia)