Susulan penutupan semua panggung wayang di Delhi sehingga 31 Mac berikutan penularan wabak COVID-19, pembikin filem aksi "Sooryavanshi" akhirnya terpaksa menunda tayangan filem itu ke tarikh baru.
Kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak produksi Rohit Shetty Picturez itu dikongsikan menerusi laman Instagram penerbit Karan Johar, pengarah Rohit Shetty dan aktor Akshay Kumar.
Baru-baru ini, pihak produksi turut mengadakan mesyuarat saat akhir untuk membincangkan soal penukaran tarikh tayangan seperti dicadangkan orang awam memandangkan wabak COVID-19 semakin meningkat.
""Sooryavanshi" adalah satu pengalaman yang kami ciptakan untuk anda dengan penuh dedikasi dan kerja keras selama setahun, dan maklum balas yang kami terima untuk treler filem ini sangat luar biasa dan ternyata filem ini milik para penonton.
"Seperti anda semua, kami juga teruja untuk mempersembahkan filem ini kepada anda sekeluarga, tetapi berikutan penularan wabak COVID-19 (Coronavirus), kami, pembikin filem, telah memutuskan untuk menunda tarikh rilis filem "Sooryavanshi", bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para penonton kami terjaga.
"Oleh itu, "Sooryavanshi" akan kembali untuk anda apabila tiba masa yang sesuai. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan semua pihak. Sehingga itu, teruskan keterujaan anda untuk filem ini dan jaga diri," jelas pihak Rohit Shetty Picturez.
Asalnya, filem keempat dari alam sinematik polis Shetty itu bakal dirilis pada 24 Mac 2020 seperti yang dijadualkan. Menampilkan Akshay sebagai peneraju utama, filem itu diterbitkan oleh Karan Johar.
(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)
Public Anonymous User
Fri Mar 13 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!