Bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan Akshay Kumar sekali lagi diiktiraf oleh majalah antarabangsa Forbes sebagai Selebriti Asia Pasifik Paling Berpengaruh di Media Sosial baru-baru ini.
Seramai 100 selebriti terdiri daripada pelakon, penyanyi dan kumpulan muzik dari serata Asia Pasifik yang berjaya mendominasi media sosial telah disenaraikan dan kebanyakannya berasal dari India.
Selain Shah Rukh Khan dan Akshay Kumar, bintang-bintang Bollywood yang turut ada dalam senarai ialah Amitabh Bachchan, Alia Bhatt, Ranveer Singh, Jacqueline Fernandez, Hrithik Roshan, Neha Kakkar, Shahid Kapoor, Madhuri Dixit, Katrina Kaif, Anushka Sharma dan Shreya Ghoshal.
Seperti yang dilaporkan Hindustan Times, Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit berjaya tersenarai kerana kedua-duanya aktif berinteraksi dengan berjuta-juta peminat di media sosial.
Akshay Kumar dikreditkan sebagai aktor Bollywood yang menerima bayaran tertinggi dan mendermakan sebanyak RM16.2 juta kepada golongan terjejas akibat COVID-19.
Sementara itu, Amitabh Bachchan dikenali sebagai aktor veteran paling dihormati di Bollywood sehingga ke hari ini, dan mengumpul dana lebih RM28 juta bagi membantu golongan terjejas akibat COVID-19.
Selain bintang-bintang Bollywood yang dinyatakan, antara selebriti lain yang disenaraikan adalah kumpulan Kpop BTS dan Blackpink, Jay Chou, Lee Min-ho, Hugh Jackman, Kris Wu dan ramai lagi.
(Sumber foto: Bollywood Life)
Public Anonymous User
Thu Dec 10 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.