Anak perempuan kepada 'King of Bollywood' Shah Rukh Khan, Suhana, yang menyambung pengajian di Universiti New York (NYU), Amerika Syarikat, telah pulang ke India awal tahun ini susulan pandemik COVID-19.

Tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap rakan-rakannya di sana, Suhana tampil berkongsikan sekeping foto 'throwback' bersama mereka menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkongsian Suhana itu telah menarik perhatian ramai rakan-rakannya yang turut memenuhi ruangan komen dengan pujian dan kata-kata manis serta tidak ketinggalan ucapan-ucapan rindu buatnya.

missingg?

A post shared by Suhana Khan (@suhanakhan2) on

Selain mengisi waktu lapangnya dalam tempoh kuarantin bersama keluarga tersayang, Suhana juga sedang memberi tumpuan terhadap projek keduanya selepas menghasilkan filem pendek "The Grey Part Of Blue".

Seperti yang dikongsikan dalam entri Instagramnya sebelum ini, Suhana telah memuat naik sekeping foto memaparkan dia sedang menangis dalam salah satu babak projek terbarunya.

Gadis berusia 18 tahun itu ternyata benar-benar mengikut jejak langkah bapanya apabila lakonannya dalam filem pendek yang ditayangkan menerusi YouTube itu berjaya menarik perhatian ramai tahun lalu.

(Sumber: Suhana Khan Instagram)
(Sumber foto: Suhana Khan Instagram)