Biro Siasatan Pusat India (CBI) masih menjalankan siasatan terhadap kes kematian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput, di mana salah seorang rakannya, Siddharth Pithani telah membuat kenyataan berhubung kes tersebut.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CBI, kenyataan Siddharth mendedahkan bahawa kematian Sushant ada kaitan dengan kematian bekas pengurusnya, Disha Salian, yang meninggal dunia beberapa minggu sebelum kematian aktor itu.
"Sushant jatuh pengsan sebaik sahaja berita kematian Disha sampai kepadanya dan dia juga akui berasa bimbang akan keselamatannya sendiri. Dia memberitahu yang dia akan dibunuh.
"Selain itu, Sushant juga tidak senang duduk kerana Rhea Chakraborty telah membawa pergi komputer riba dan cakera keras miliknya serta memberitahu dia boleh memperbaiki diri Sushant," ujar Siddharth yang dipetik dari Republic World.
Dedah Siddharth lagi, aktor filem "Chhichhore" itu turut berasa bimbang dengan tindakan Rhea memandangkan aktres itu mempunyai akses lengkap terhadap semua akaun milik Sushant.
Terdahulu, Rhea telah dilihat meninggalkan kediaman Sushant pada 8 Jun selepas mengakui berasa kecewa susulan Sushant ingin memutuskan hubungan mereka, dan aktor itu meninggal dunia enam hari kemudian.
Sehingga kini, CBI masih menjalankan siasatan terhadap kes Sushant yang dikatakan mempunyai dengan kes Disha, sementara Siddharth masih berada dalam kawalan CBI untuk terus membantu siasatan.
Dalam pada itu, Rhea, adiknya serta rakan-rakan mereka kini berada dalam proses penghakiman sejak mereka ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik India (NCB) susulan dakwaan penglibatan dadah dalam kes Sushant.
(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: Voompla & Celenote)
Public Anonymous User
Fri Sep 18 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!