Sekian lama berehat dari dunia lakonan, kini aktres Sushmita Sen bakal kembali dengan sebuah siri web berjudul "Aarya" yang akan ditayangkan di sebuah portal penstriman video berbayar.
Seperti sedia maklum, pada 2014 bekas juara Miss Universe 1994 itu pernah didiagnosis dengan penyakit Addison, iaitu kekurangan hormon dalam badan akibat kerosakan kelenjar adreanal.
"Saya berasa teruja kerana selama sepuluh tahun lalu, lima tahun daripadanya saya berpeluang untuk melihat tumbesaran anak saya dan berada di sampingnya seratus peratus.
"Selepas itu, lima tahun berikutnya adalah tempoh trauma bagi saya. Ia membawa saya kepada tempat paling gelap yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.
"Di sebalik semua itu, ada harapan menanti; saya tak tahu bahawa ia bernama "Aarya" tetapi saya tahu sesuatu yang baik akan hadir dan saya perlu bertahan serta melawan segala yang saya hadapi, kerana perjuangan saya belum berakhir.
"Saya tak maksudkan sebarang filem atau siri web, tetapi ia adalah sesuatu yang saya nantikan," jelasnya yang dipetuk dari Hindustan Times.
Filem Hindi yang kali terakhir Sushmita dilihat berlakon adalah "No Problem" (2010) arahan Anees Bazmee, bersama pelakon-pelakon lain seperti Sanjay Dutt, Akshaye Khanna, Sunil Shetty dan Paresh Rawal.
Berbalik kepada "Aarya", siri web bertemakan drama jenayah itu turut dibintangi oleh Chandrachur Singh, Sikander Kher, Ankur Bhatia dan Alexx ONell. Ia akan mula ditayang pada 19 Jun ini.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: India Telugu & Media Amazon)
Public Anonymous User
Thu Jun 11 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!