Nampaknya isu ketidakadilan layanan terhadap pelakon wanita bukan sahaja tertumpa pada bayaran, malah terdapat juga jurang perbezaan dalam pemberian kredit untuk filem yang dibintangi walaupun kedua-dua pelakon lelaki dan wanita memberikan kualiti lakonan yang sama.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, antara aktres yang lantang mengenai perkara itu adalah Taapsee Pannu yang mendedahkan dia merupakan salah seorang mangsa berkenaan.

Aktres itu memberi contoh filem terbaru lakonannya berjudul "Badla" yang turut dibintangi pelakon tersohor Amitabh Bachchan. Dalam filem itu dia mempunyai lebih banyak babak dan masa di skrin tetapi ia masih dipanggil sebagai filem Amitabh Bachchan.

Tambahnya lagi, orang ramai mungkin tidak sedar yang wataknya sebagai antagonis mungkin melakukan lebih banyak 'kerja' berbanding protagonis.

Walaupun memberikan contoh mengenai filem terbarunya bersama Amitabh, namun ia bukanlah merujuk kepada aktor itu sebaliknya dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap industri seni yang sudah lama mengamalkan layanan berbeza terhadap pelakon lelaki dan wanita.

Aktres ini pernah bergandingan dengan nama-nama besar Bollywood dan setiap lakonannya berjaya memberi impak kepada penonton.

Sementara itu, selepas muncul dengan filem "Saand Ki Aankh", Taapsee bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Thappad" arahan Anubhav Sinha.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: i.ytimg.com)