Taapsee Pannu kini selesa menjayakan filem biopik sejak kebelakangan ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini industri filem Bollywood semakin aktif menghasilkan filem-filem yang diangkat dari kisah sebenar dan juga biopik.

Terbaru, sebuah lagi filem biopik sukan akan dihasilkan iaitu mengenai kisah hidup kapten pemain kriket India wanita, Mithali Raj yang akan dibintangi aktres popular Taapsee Pannu.

"Saya tertarik untuk terlibat dengan filem biopik terutamanya yang membabitkan ahli sukan. Saya sememangnya seorang peminat sukan.

"Untuk menjayakan watak Mithali Raj ini saya akan belajar cara bermain kriket," ujarnya yang dipetik dari Masala.


Taapsee Pannu menyambut hari jadi pemain kriket Mithali Raj.

Baru-baru ini, aktres itu telah menyambut ulang tahun pemain kriket itu bersama dan meluahkan rasa kagumnya dengan sikap rendah diri bintang sukan itu, selain mempunyai personaliti yang cukup berbeza dengannya.

Berikutan itu, Taapsee berkata dia perlu bekerja keras untuk memastikan dia dapat menjayakan watak Mithali dengan mantap.

Ini bukanlah filem biopik pertama Taapsee kerana sebelum ini dia telah pun membintangi filem biopik seperti "Soorma" dan "Sandh ki Aankh".

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Taapsee Pannu Instagram)