Ketika seluruh dunia sedang melawan penularan pandemik COVID-19, aktres Tamannaah Bhatia memberitahu dia juga tidak ketinggalan untuk berkongsi langkah pencegahan yang diamalkan.
"Ideanya adalah untuk sentiasa berada dalam keadaan selamat dan membersihkan diri kita sebanyak mungkin.
"Di sini saya ingin menasihatkan orang ramai supaya menggunakan 'sanitiser' yang mengandungi alkohol dan memakai topeng muka setiap masa, seperti yang saya lakukan.
"Saya tidak tahu sudah berapa banyak 'sanitiser' yang saya ada sekarang, walaupun saya lebih gemar membasuh tangan. Ia menjadikan kita lebih bersih.
"Walau apapun saya berharap orang ramai tidak panik dan bawa bertenang, serta peka dengan keadaan semasa dan bantu mencegah penyebaran wabak ini," jelasnya menerusi Times of India.
Beralih ke perkembangan karier, Tamannaah bakal tampil dalam dua buah filem terbaru yang kini masih dalam proses penggambaran iaitu "Bole Chudiyan" dan filem Telugu "Seetimaarr".
Selain itu, dia juga membintangi sebuah siri web thriller jenayah berjudul "The November's Story" bersama aktor G. M. Kumar, yang diarahkan Ram Subramaniam.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tamannaah Bhatia Instagram)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!