Aktres Tamannaah Bhatia telah dipilih untuk menerajui 'remake' filem "Jigarthanda" dalam versi Hindi di mana ia akan diterbitkan oleh pembikin filem Ajay Devgn.

Sebelumnya, terdapat laporan yang menyatakan filem Tamil arahan Karthik Subbaraj itu telah dibikin semula dalam versi Telugu dengan judul "Valmiki".

Sanjay Dutt turut akan menyertai Tamannaah dalam filem yang sama di mana dia akan memainkan semula watak yang dipegang oleh Bobby Simha.

Selain itu, penerbit dan pelakon Farhan Akhtar juga telah dipilih untuk menggalas watak Siddharth dalam 'remake' berkenaan yang menampilkan genre gengster muzikal.

Seperti yang dilaporkan dalam Pinkvilla, terdapat ura-ura yang mengatakan kemungkinan Kartik Aaryan akan digandingkan dengan Tamannaah menerusi filem tersebut namun sebarang butiran masih belum disahkan.

"Jigarthanda merupakan filem kedua arahan Karthik dan ia telah menerima banyak respon positif daripada para penonton dan pengkritik filem.

Filem asal juga berjaya merangkul dua buah anugerah kebangsaan dalam dua kategori iaitu pelakon sampingan terbaik (Bobby Simha) serta penyuntingan terbaik (Vivek Harshan).

Dalam perkembangan terbaru, Tamannaah akan membintangi sebuah filem komedi seram berjudul "Petromax" bersama Yogi Babu.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: FHM Magazine)