Tara Sutaria melangkah ke dunia hiburan melalui Student Of The Year 2. Walaupun filem ini tidak berjaya di box-office, tetapi dia tampak tonjol kerana penampilan dan keyakinannya yang menakjubkan. Tidak lama kemudian, dia terlihat di Marjaavaan di samping Sidharth Malhotra. Tara bersiap untuk filem terbarunya yang berjudul 'Tadap', di samping Ahaan Shetty. Penampilan Tara yang memukau membuat semua orang membicarakannya dan aktres itu baru-baru ini mendedahkan beberapa rahsia berkenaannya.

Bercakap mengenai penjagaan kulit, dia mengatakan kepada majalah fesyen terkemuka, “Saya suka bersikap sederhana berkenaan penjagaan kulit. Saya hanya berusaha menghidratkan kulit muka sebaik mungkin, dan mengekalkan rutin pelembab muka, "tambahnya," Ada jamu mask muka yang saya sangat suka yang diperkenalkan oleh nenek saya. Ia memgandungi yoghurt, kunyit, tepung buncis dan madu. Saya biarkan selama 15-20 minit dan kemudian basuh; ia menjadikan kulit saya bersinar dan kelihatan lebih cerah dengan sekali cuci. "

(Sumber Foto: Tara Sutaria Instagram)