Memandangkan industri perfileman Bollywood terjejas akibat Perintah Berkurung dan pandemik COVID-19 kini kemungkinan besar filem aksi "Attack" lakonan bintang ternama John Abraham akan ditunda.
Seperti sedia maklum, John sering memilih tarikh 15 Ogos bersamaan dengan Hari Kemerdekaan India sebagai tarikh rilis filemnya, namun hasratnya mungkin tidak kesampaian pada tahun ini.
"Persetujuan telah dibuat untuk merilis filem John Abraham pada 15 Ogos. Filem "Batla House" dan "Satyameva Jayate" juga dirilis pada tarikh sama. Saya rasa memang tarikh itu milik dia.
"Buat masa ini, saya tak boleh nak tetapkan apa-apa, semuanya bergantung kepada situasi Perintah Berkurung ini.
"Sebaik sahaja keadaan kembali seperti biasa, baru kami akan fikirkan tindakan selanjutnya," ujar pengarah Lakshya Raj Anand yang dipetik dari Asian Age.
Buat pengetahuan lanjut, John turut bertindak sebagai salah seorang penerbit filem "Attack" dan ini merupakan kali pertama Anand dilantik sebagai pengarah setelah sedekad bekerja sebagai penolong pengarah.
Selain John, filem aksi thriller itu turut dibintangi aktres Rakul Preet Singh dan Jacqueline Fernandez sebagai watak utama. Diinspirasikan dari kisah benar, "Attack" mengisahkan tentang krisis tebusan.
(Sumber: Asian Age)
(Sumber foto: Peeping Moon)
Public Anonymous User
Wed Apr 29 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!