Penantian tayangan filem "Sandeep Aur Pinky Faraar" nampaknya bakal berakhir tidak lama lagi apabila tarikh baru untuk filem itu yang sebelum ini dijadualkan ditayangkan pada tahun ini.

Perkara itu didedahkan oleh pelakon utamanya iaitu Arjun Kapoor yang berkata tarikh baru tayangan filem itu akan diumumkan selepas tayangan "Mardaani 2".

"Ia akan diriliskan selepas "Panipat". Pembikin filem Yash Raj akan umumkan. Saya rasa mereka tunggu selepas tayangan "Mardaani 2" sebelum umum tarikh baru," ujar Arjun yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Dalam filem itu akan menyaksikan aktor itu akan bergandingan dengan Parineeti Chopra sebagai peneraju.

Terdahulu, terdapat laporan yang mengatakan filem itu tidak akan ditayangkan di layar perak sebaliknya akan ditayangkan di platform digital.

Selain filem "Sandeep Aur Pinky Faraar", Arjun bakal muncul dengan filem terbaru arahan Ashutosh Gowarikar iaitu "Panipat" yang akan ditayangkan pada 6 Disember ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: India Today)