Berikutan India dikenakan Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19, kemungkinan besar filem Salman Khan berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" tidak akan ditayangkan pada Aidilfitri ini.
Pada Mac lalu, pihak produksi filem itu terpaksa membatalkan dua lokasi penggambaran iaitu di Thailand dan Azerbaijan, serta penggambaran untuk sebuah lagu bersama Disha Patani.
Seperti yang dijadualkan, pihak produksi menjangka proses pos-produksi akan selesai pada bulan ini namun situasi pandemik menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan produksi.
Menurut laporan dari Mumbai Mirror, pihak produksi masih belum menetapkan tarikh sebenar tayangan filem itu tetapi ia hanya akan dirilis selepas tayangan "Sooryavanshi" dan "'83".
Pada asalnya, filem yang padat dengan aksi arahan Prabhu Dheva filem itu dikatakan bakal menemui penonton pada 22 Mei ini.
Selain Salman dan Disha, "Radhe" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Jackie Shroff, Randeep Hooda, Gautam Gulati, Zarina Wahab, Arjun Kanungo serta penampilan khas oleh Jacqueline Fernandez.
Pada masa ini, Salman sibuk dilihat sibuk mengisi masa terluangnya di rumah dengan aktiviti-aktiviti bersenam, melukis dan memuat naik video berupa nasihat dan pencegahan wabak COVID-19.
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Prabhu Deva Instagram)
Public Anonymous User
Wed Apr 08 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!